Berumur Antara 18 Ke 20 Tahun Atau Pelajar IPT? Jom Tebus RM150 Anda Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada Jun 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan pada Belanjawan 2021 sebelum ini, telah mengumumkan bantuan Program eBelia kepada mereka yang berumur antara 18 tahun ke 20 tahun, dan juga untuk para pelajar IPT. Melalui program eBelia ini, mereka yang berkelayakkan akan menerima kredit sebanyak RM150 melalui dompet digital yang dipilih.

Apakah Dompet Digital Yang Terlibat

Untuk program eBelia, sebanyak empat dompet digital dipilih, iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan juga Touch ’n Go eWallet.

Pengguna perlulah mengesahkan akaun mereka pada dompet digital terlibat sebelum dapat menebusnya.

Siapa Yang Layak?

Rakyat Malaysia yang berumur antara 18 ke 20 tahun, ATAU pelajar di institusi IPT di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas. Hanya boleh tebus sekali melalui salah satu dompet digital.

Bilakah Tarikh Memohon?

Mereka yang berkelayakkan boleh membuat permohonan kredit eBelia ini melalui dompet digital pilihan antara 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021.

Semua kredit perlulah habis digunakan sebelum 31 Julai 2021.

Bolehkah kredit digunakan untuk semua tujuan?

Setiap dompet digital mempunyai had dan tidak membenarkan penggunaan untuk beberapa perkara. Sebagai contoh, semua dompet digital tidak membolehkan pengguna menggunakan kredit berkenaan untuk pemindahan antara rakan-rakan.

Disamping itu, ada dompet digital yang tidak membenarkan penggunaan kredit berkenaan untuk pembelian kredit prabayar, pembayaran bil utiliti, pembelian daripada penjual luar negara, dan juga tambah-nilai ke dompet digital lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami