Disney+ Hotstar Kini Boleh Dilanggan Di Malaysia – RM54.90 Untuk Tiga Bulan

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Disney+ Hotstar kini telah pun ditawarkan untuk pengguna tempatan, membolehkan pengguna tempatan untuk melanggan dan menonton rancangan terbitan Disney, Marvel, Pixar dan lain-lain, termasuk terbitan tempatan melaluinya.

Buat masa ini, pengguna tempatan sudah boleh melanggannya melalui aplikasi Android dan iPhone, selain melalui web. Daripada percubaan kami, Disney+ Hotstar menawarkan kaedah pembayaran berasaskan kad kredit, kad debit, dan juga menggunakan bank tempatan secara atas-talian. Langganan ditawarkan pada harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

Dengan pelancaran ini, ia sekaligus membolehkan pengguna tempatan menikmati sejumlah kandungan eksklusif seperti The Mandalorian, Wandavision, dan juga terbitan tempatan seperti J2 Retribusi, dan beberapa yang lain.

Layari : Disney+ Hotstar

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami