Cari @ Amanz

LG sedia mengatakan sebelum ini yang mana mereka akan keluar daripada perniagaan telefon pintar pada bulan Ogos 2021 kelak. Apa pun, sebagai persediaan untuknya, kini LG dilaporkan telah menghentikan sebarang pengeluaran telefon pintar dibawah mereka.

Langkah ini sedia dijangka, apatah lagi pengumuman LG sebelum ini mungkin membuatkan para pembeli tidak lagi ingin mendapatkan telefon pintar berjenama LG.

LG Mobile

Menurut laporan Asiae, LG telah pun menghentikan pengeluaran telefon pintar – dan untuk bulan-bulan akan datang, mereka akan memfokuskan kepada jualan peranti sedia ada mereka.

Bagi anda yang meminati jenama LG, mungkin boleh mencari beberapa telefon pintar yang dijual secara tidak rasmi di Malaysia, dan menyimpannya sebagai koleksi atau nostalgia pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd