Clubhouse Untuk Android Kini Mempunyai Lebih 2 Juta Pengguna Setiap Hari

Diterbitkan pada Jun 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Clubhouse telah pun menawarkan aplikasi Android mereka secara rasminya pada bulan lepas, sekaligus membolehkan para pengguna Android turut menyertai perkhidmatan berkenaan yang menawarkan perbualan audio yang boleh didengar, serta disertai oleh pengguna.

Terbaru, berkongsi lanjut mengenainya, Clubhouse mengatakan kini terdapat sekitar 2 juta pengguna Android yang menggunakan Clubhouse setiap hari.

Angka ini boleh dikatakan agak tinggi dan agak pantas – memandangkan Clubhouse masih beroperasi dalam bentuk jemputan pada hari ini.

Disamping itu, Clubhouse turut mengatakan mereka menyasarkan untuk menawarkan ciri yang lebih kurang sama antara Clubhouse versi iOS dan Android dalam masa terdekat ini.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, sudahkah anda mencuba Clubhouse?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami