Carian
Cara Menebus Kredit Dompet Digital RM150 Program eBelia Dan Ganjaran Yang Anda Akan Terima
June 1, 2021 Amy Maizuraa

Di bawah Program eBelia, sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan bagi menyalurkan RM150 kredit e-tunai kepada belia yang berumur antara 18 – 20 tahun ATAU pelajar di institusi IPT di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas. Ia diperkenalkan selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Dalam masa yang sama ia turut dapat menggalakkan trend transaksi nirtunai dalam kalangan belia.

Difahamkan, lebih 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak akan mendapat manfaat daripada program ini. Tuntutan sudah boleh dibuat bermula hari ini – yakni 1 Jun (8 pagi) hingga 22 Julai 2021 (12 tengah malam). Kredit e-tunai ini akan dimasukkan ke dalam akaun aplikasi dompet digital terpilih kira-kira tiga hari daripada tarikh permohonan bagi setiap tuntutan yang berjaya.


Tempoh Tarikh Sah Laku Kredit? 

Namun demikian, harus diingatkan bahawa kredit tunai tersebut adalah sah digunakan sehingga 31 Julai 2021 sahaja. Sebarang baki daripada kredit tersebut yang tidak digunakan melebihi tarikh berkenaan akan dikeluarkan secara automatik daripada dompet digital yang dipohon.

Selain itu, setiap pemohon hanya boleh menebus kredit e-tunai ini SEKALI SAHAJA daripada salah satu penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian. Untuk makluman, anda juga boleh menggunakan kredit e-tunai RM150 ini untuk sebarang transaksi yang boleh digunakan e-dompet pilihan kecuali beberapa perkara di bawah :

  • Pemindahan kredit antara rakan-rakan.
  • Pertukaran kepada wang tunai.
  • Beberapa pembayaran aplikasi & utiliti lain – seperti  pembelian kredit prabayar, pembayaran bil utiliti, pembelian daripada penjual luar negara  dan tambah-nilai ke dompet digital lain.

Setiap data diterima akan disemak terlebih dahulu dengan IPT tempatan atau pangkalan data kerajaan yang berdaftar. Paling penting, anda perlu mengesahkan terlebih dahulu akaun pada setiap dompet digital pilihan sebelum meneruskan tuntutan kredit.


Bagaimana Cara Untuk Menebus?

Aplikasi 1 – BigPay

Tuntutan kredit e-tunai yang dibuat daripada aplikasi BigPay akan melayakkan anda menerima kredit RM150 berserta tambahan pelbagai ganjaran eksklusif sehingga RM100. Ini termasuklah :

  • Baucar RM20 untuk servis penghantaran airasia termasuk makanan, barangan segar dan kosmetik.
  • Baucar bernilai RM40 untuk tiket penerbangan airasia (*sebaik sahaja semua divaksin).
  • Baucar bernilai RM40 untuk kombo SNAP yakni pakej gabungan untuk penerbangan dan tawaran hotel.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh berbelanja di lebih daripada 800,000 peniaga yang berdaftar di BigPay. Lebih menariknya, anda juga boleh mendapatkan RM20 secara percuma apabila mendaftar dengan kod promo PCEBELIABP.

Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Buka aplikasi → klik pada tab ‘pembayaran’ → klik pada tab ‘eBelia’.
  • Langkah 2 Klik pada kotak ‘Mohon Sekarang’ → anda akan dibawa terus ke laman web program eBelia.
  • Langkah 3: Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan selanjutnya.

Untuk terma & syarat yang lengkap : sila layari laman BigPay


Aplikasi 2 – Boost

Pada aplikasi Boost pula, tuntutan kredit e-tunai RM150 akan disertakan lagi dengan ganjaran tambahan bernilai sehingga RM300. Ganjaran tersebut boleh ditebus daripada rakan-rakan kongsi Boost yang mengambil bahagian seperti Starbucks, Celcom, Yoodo, Digi dan lain-lain. Di samping itu, Boost juga memberikan pendapatan tambahan sehingga RM1500 menerusi program rujukan yang dipanggil ‘Kongsi Klub’.

Melaluinya, para belia perlu membantu peniaga mikro dan kecil bagi mendapatkan pembiayaan kos rendah sehingga RM100,000 melalui Aspirasi Capital. Bagi mana-mana yang berjaya berbuat demikian, anda akan diberikan ganjaran 1.5% daripada jumlah pembiayaan atau sehingga RM1,500 ganjaran tunai untuk setiap rujukan. Sebagai tambahan lagi, belia yang mendaftar dengan program Kongsi Klub akan menerima kredit percuma lagi bernilai RM20.

Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Buka aplikasi → klik pada tab ‘e-Belia for Youth’.
  • Langkah 2: Pastikan pengesahan kad pengenalan telah dibuat → Buat tuntutan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  • Langkah 3: Semak Kelayakan → Terima eBelia kredit (ianya akan diaktifkan dalam masa 3 hari daripada tarikh permohonan).

Untuk terma & syarat yang lengkap : sila layari laman Boost


Aplikasi 3 – ShopeePay

Seterusnya aplikasi ShopeePay. Setiap tuntunan kredit e-tunai RM150 yang berjaya dibuat pada aplikasi ini akan didatangkan dengan baucar ekstra RM500. Ini termasuklah :

  • Baucar lebih RM60 untuk servis penghantaran percuma.
  • Baucar lebih RM40 untuk pulangan tunai Syiling Shopee, baucar RM300 untuk pembelian luar talian di ShopeePay.
  • Baucar lebih RM50 untuk pembelian di mana-mana rakan kongsi Shopee.
  • Baucar RM50 untuk kadSIM YES bersama kuota data sehingga 40GB secara percuma.

Lebih menariknya, mana-mana 140,000 penuntut terawal akan layak menerima baucar berjumlah RM55 lagi sebagai tambahan kepada ganjaran menarik tadi.

Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Buka aplikasi → Aktifkan akaun ShopeePay → Pastikan anda telah membuat pengesahan akaun dengan kad pengenalan.
  • Langkah 2 Klik pada kotak ‘’Claim Now’ → Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan selanjutnya.
  • Langkah 3: Permohonan anda akan disahkan dalam masa 3 hari bekerja & dikreditkan secara terus ke dalam akaun ShopeePay.
  • Langkah 4: Pihak Shopee akan menghantar baucar bernilai RM500 dalam masa 24 jam selepas proses tuntutan berjaya dibuat.

Untuk terma & syarat yang lengkap : sila layari laman ShopeePay


Aplikasi 4 – Touch n’ Go e-Wallet

Akhir sekali, aplikasi ini akan membolehkan anda menikmati pemberian kredit e-tunai RM150 bersama pulangan tunai dan baucar diskaun bernilai sehingga RM1,000. Ini termasuklah baucar pulangan tunai sehingga RM400 untuk keperluan runcit, F&B, pembelian dalam talian dan pengangkutan. Bersama-sama dengannya, Touch n’ Go e-Wallet turut menawarkan baucar pembelian Lazada sehingga RM600.

.Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Buka aplikasi → Buka pada tab eBelia → Klik setuju pada terma & syarat → klik ‘Claim Now’.
  • Langkah 2 : Pastikan butiran peribadi anda adalah betul.
  • Langkah 3: Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan selanjutnya.
  • Langkah 4: Akui tuntutan & kredit akan dimasukkan dalam masa 3 hari masa bekerja selepas permohonan berjaya.

Untuk terma & syarat yang lengkap  : sila layari laman Touch n’ Go e-Wallet

Komen