Axiata Dilaporkan Bekerjasama Dengan RHB Bank Untuk Lesen Bank Digital
Aman
Axiata Group – firma disebalik dompet digital Boost, Celcom dan beberapa syarikat lai, kini dilaporkan akan bekerjasama dengan pihak RHB Bank dalam membuat permohonan untuk lesen bank digital di Malaysia.
Untuk makluman, Bank Negara Malaysia telah mengatakan bakal menawarkan sehingga 5 lesen bank digital pada tahun 2022 kelak, dan permohonan sedia dibuka buat masa ini.
Pelbagai pihak dijangka akan membuat permohonan untuknya – bukan sahaja bank, tetapi juga syarikat teknologi dan digital, serta syarikat-syarikat lain.
Beberapa syarikat turut telah mengambil langkah untuk bekerjasama – dalam meningkatkan kebarangkalian mendapatkan sesuatu lesen bank digital berkenaan.
Buat masa ini, kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan komen rasmi. Kita mungkin mendengar lanjut berkaitan perkara ini dalam masa terdekat ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.