Oppo Reno5 F Crystal Silver Berharga RM1199 – Hadir Dengan Hadiah Bernilai RM238

Diterbitkan pada Jun 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika sebelum ini kita sedia melihat penawaran Oppo Reno5 F dalam warna Fantastic Purple dan Fluid Black. Kali ini, Oppo hadir dengan satu lagi pilihan warna baharu untuk model berkenaan menerusi pengenalan Oppo Reno5 F Crystal Silver Edition. Ia menampilkan kemasan perak berkilat yang menghiasi keseluruhan panel belakang peranti pintar.

Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada tanda harga yang sama seperti sebelum ini iaitu RM1,199 seunit. Sesi pra-tempahan telah dibuka sehingga 5 Jun 2021 dan setiap pembelian didatangkan dengan hadiah percuma menarik bernilai hingga RM238 – yang terdiri dengan Oppo Encho Buds dan 10000mAh Remax Powerbank. Promosi ini terhad kepada 200 pembeli terawal sahaja.

Untuk spesifikasi, Oppo Reno5 F dilengkapi skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Paparannya bagaimanapun, sekadar menyokong kadar segar semula standard 60Hz. Seterusnya, ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Helio P95, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bater sebesar 4,310mAh yang menyokong pengecasan 30W VOOC Flash Charge 4.0.

Tetapan kamera pula terdiri dengan 48-Megapixel untuk sensor utama, 8-Megapixel untuk sensor sudut ultra-lebar, 2 -Megapixel untuk makro dan 2-Megapixel untuk tujuan mono. Kemudian, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari pada skrin, antaramuka ColorOS 11.1 berasaskan Android 11, berat sekitar 172g dan banyak lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami