Siri Honor 50 Bakal Dilancarkan Pada 16 Jun 2021

Diterbitkan pada Jun 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Honor 50 sebelum ini telah disahkan bakal membuat kemunculan rasminya pada bulan ini. Bagaimanapun, tarikh pelancaran khususnya kekal menjadi misteri sehinggalah kini Honor berkongsinya secara terbuka menerusi sebuah hantaran di laman Weibo.

Memetik video pendek berdurasi 12 saat yang dimuat-naik oleh Honor, tarikh pelancaran rasminya dijadualkan berlangsung kira-kira dua minggu daripada sekarang – iaitu 16 Jun 2021. Video berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan sebarag spesifikasi utama pada peranti. Sebaliknya, sekadar memberikan kita gambaran sepintas lalu mengenai reka bentuk kameranya yang seakan hadir dengan dwi-bonggol yang besar.

Rekaan Honor 50 Tertiris

Honor dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya tiga model berbeza di bawah siri ini – yang terdiri dengan Honor 50, Honor 50 Pro dan Honor 50 Pro+. Untuk Honor 50, ia telah disahkan hadir dengan janaan cip Snapdragon 778G. Dalam perkembangan berbeza, Honor 50 Pro juga dijangka menggunakan sama. Sementara itu, Honor 50 Pro+ pula mungkin dikuasakan dengan cip Snapdragon 888.

Sumber : Weibo Honor

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami