Twitter Mula Bereskperimen Dengan Paparan Iklan Pada Twitter Fleets – Ciri Seumpama Instagram Stories

Diterbitkan pada Jun 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter sebelum ini sedia hadir dengan ciri dinamakan Fleets – yang mana menawarkan kebolehan berkongsi gambar dan video yang hilang selepas tempoh 24 jam, lebih kurang seperti Instagram Stories.

Ciri berkenaan telah diperkenalkan pada bulan November lepas pada peringkat global, dan sehingga ke hari ini, ciri berkenaan digunakan secara aktif oleh sejumlah pengguna.

Kini, bergerak kehadapan, Twitter telah mula memfokuskan untuk menjana pendapatan melalui ciri berkenaan – dan mengumumkan akan mula memaparkan pengiklanan pada Fleets.

Buat masa ini, pengiklanan pada Fleets masih pada peringkat eksperimental, dan hanya ditawarkan untuk sejumlah pengiklan sahaja. Iklan akan dipaparkan dalam format 9:16, dan boleh menyokong paparan sehingga 30 saat lamanya.

Twitter turut mengatakan langkah eksperimen ini akan memberikan mereka lebih data berkaitan bagaimana pengguna menerimanya – dan kesannya kepada pengiklan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami