Carian
Kapasiti Bateri Siri iPhone 13 Tertiris Menunjukkan Peningkatan Hampir 20%
June 2, 2021 Effi Saharudin

Kapasiti bateri yang didakwa bakal digunakan pada siri iPhone 13 tahun ini. Maklumat diperolehi menerusi laman Weibo dan sekiranya benar menunjukkan iPhone tahu ni akan menggunakan bateri berkapasiti lebih besar.

iPhone 13 Pro Mac akan menggunakan bateri 4352 mAh, iPhone 13/ iPhone 13 Pro menggunakan bateri 3095 mAh dan akhir sekali iPhone 13 Mini menggunakan bateri 2406 mAh. Peningkatan kapasiti bateri berbanding model tahun lalu adalah 18%, 10% dan 8%.

Bateri yang lebih besar diperlukan bagi menyokong pemproses yang lebih berkuasa dan skrin yang dipercayai akan akhirnya menyokong kadar segar semula 120Hz. Ini adalah ciri yang masih belum disokong iPhone walaupun ia kini dianggap standard pada peranti Android.

Sumber MacRumors

Komen