Carian
MySejahtera Kini Menyokong Ciri Mengenalpasti Ibu Mengandung dan Menyusukan Anak
June 2, 2021 Effi Saharudin

Aplikasi MySejahtera telah dikemaskini hari ini dengan ciri mengenalpasti baru mengenalpasti ibu yang sedang mengandung dan sedang menyusukan anak. Sebelum ini terdapat isu di mana dua golongan ini tidak digalakkan mengambil sesetengah vaksin Covid-19 tetapi kerana tidak diberikan pilihan menyebabkan mereka terpaksa tidak hari ke temu janji yang telah ditetapkan.

Ciri mengenalpasti status mengandung dan menyusukan anak ini boleh diakses menerusi tab vaksinasi dalam aplikasi. Terdapat pautan baru di bawah mengesahkan alamat pengguna. Dengan ciri ini proses memberikan vaksin yang sesuai akan dapat dilakukan dengan lebih tepat dan serasi.

Sumber @JKJAVMY

Komen