Carian
Aplikasi Facebook Menghadapi Masalah Untuk Memaparkan Perkongsian Multi-Gambar
June 2, 2021 Aman

Facebook kini dilihat menghadapi masalah sementara, dimana pengguna tidak boleh melihat perkongsian multi-gambar melalui aplikasi perkhidmatan sosial terkemuka berkenaan.

Apabila pengguna klik untuk membuka gambar pada perkongsian multi-gambar di aplikasi Facebook, ia menjadi gagal untuk dipaparkan, dan adakalanya aplikasi menjadi tergendala.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah masalah ini akan diselesaikan. Mungkin kita akan melihatnya diatasi dalam masa terdekat ini.

Komen