Bermula minggu ini, Malaysia telah mula melaksanakan PKP berskala penuh, yang menyekat pergerakan orang ramai. PKP berskala penuh ini akan dilaksanakan untuk beberapa fasa, dan fasa pertama adalah antara 1 Jun sehingga 14 Jun 2021 kelak, sekaligus menyaksikan hanya sektor perlu sahaja boleh beroperasi.
Selari dengannya, kini melalui Reuters, ia dilaporkan Toyota dan Honda akan menghentikan sementara pengeluaran di kilang-kilang mereka di Malaysia.
Dengan ini, ia dijangka akan memberikan kesan terhadap pengeluaran kenderaan oleh syarikat berkaitan.

Toyota sebelum ini telah mengeluarkan 51,000 kenderaan di Malaysia pada tahun lepas, sementara subsidiari mereka, Daihatsu Motor pula telah mengeluarkan 220,000 pada 2020. Sementara Honda turut akan menutup kilang pengeluaran mereka yang mengeluarkan sekitar 100,000 kereta dan 300,000 motosikal setiap tahun.