Boost Dan RHB Bank Membentuk Konsortium Untuk Memohon Lesen Bank Digital – Turut Akan Dibantu Celcom

Diterbitkan pada Jun 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan daripada desas-desus semalam, hari ini Axiata Group secara rasminya mengumumkan yang mana Boost dan RHB akan membentuk sebuah konsortium untuk memohon lesen bank digital di Malaysia.

Dibawah konsortium baharu ini, Boost akan mempunyai pegangan majoriti sebanyak 60%, dan diikuti oleh RHB sebanyak 40%.

Boost eWallet

Menariknya, Celcom turut telah menandatangani perjanjian untuk menjadi rakan pemasaran untuk produk dan perkhidmatan bank digital ini.

Seperti biasa, walaupun membentuk konsortium ini, peruntukkan akhir lesen bank digital masih tertakluk kepada pihak Bank Negara Malaysia – dan dijangka diumumkan pada tahun hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami