Google TV Akan Menyokong Multi-Profil Dan Menyekat Kandungan Dari Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Jun 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak dilancarkan tahun lalu, produk yang kami rasakan paling berbaloi untuk dibeli ialah Chromecast with Google TV. Ia mampu memberikan pengalaman yang baik walaupun bersaiz kecil dan dijual pada harga yang mampu milik. Produk yang berbaloi ini bakal menjadi lebih bagus menerusi kemas kini yang akan diberikan kelak.

Menerusi 9to5 Google, kemas kini versi 1.0.370 mempunyai petunjuk bahawa sokongan multi-profil pengguna akan diberikan kelak. Dengan profil berbeza, saranan kandungan yang lebih sesuai akan diberikan berdasarkan sejarah tontonan peribadi. Lebih penting ialah sokongan profil untuk kanak-kanak yang boleh menyaring kandungan serta aplikasi yang tidak bersesuaian dengan usia.

Penjaga turut boleh menetapkan aplikasi apakah yang boleh dikunci atau dipaparkan dari senarai aplikasi profil kanak-kanak. Ini adalah perlu kerana ada aplikasi yang tidak mempunyai ciri yang menyaring kandungan lebih dewasa. Contoh terbaik ialah Disney+ Hotstar yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia semalam.

Sumber 9to5 Google

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami