Cari @ Amanz

Kementerian Kewangan kini telah pun menerbitkan panduan ringkas berkaitan eBelia, sekaligus menjawab sejumlah pertanyaan pengguna berkaitan kredit eBelia RM150.

Melalui apa yang dinyatakan, pengguna tidak boleh menggunakan kredit eBelia RM150 untuk tujuan berkenaan:

  • Penghantaran wang sesama pengguna
  • Pengeluaran tunai
  • Pembayaran bil utiliti dalam aplikasi
  • Pembayaran berkaitan kerajaan melalui dalam aplikasi
  • Pembayaran bil telekomunikasi dan pembelian kredit pra-bayar melalui dalam aplikasi
  • Pembelian permainan melalui dalam aplikasi
  • Pembayaran untuk peruncit luar negara

Pada masa yang sama, Menteri Kewangan turut menekankan yang mana kredit ini diberikan kepada mereka yang berumur 18 ke 20 tahun, atau para pelajar IPT tanpa mengira usia yang belajar peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di sebarang institusi pendidikan. Data pengguna akan disemak dengan institusi pendidikan yang disahkan sebelum diluluskan kredit eBelia berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd