Butang “Clip” Mula Muncul Di YouTube – Memudahkan Anda Kongsi Detik Menarik Pada Video

Diterbitkan pada Jun 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Januari lalu, Google ada berkongsi mengenai ciri Share Clips pada YouTube. Ia adalah ciri di mana pengguna boleh terus kongsi detik menarik dalam video YouTube. Jadi jika puatn dikongsi di WhatsApp atau media sosial lain, klik sahaja bahagian kegemaran tadi akan terus dimainkan.

Pada mana-mana peranti tidak kira Android, iOS atau web, anda boleh lihat akan ada ikon gunting terpapar. Klik ikon tersebut dan anda akan diminta untuk masukkan judul, pilih bahagian yang diminati iaitu lima saat sehingga 60 saat dan tekan butang kongsi.

Walau bagaimanapun, sokongan ini tidak boleh digunakan pada video khusus kanak-kanak, video siaran langsung panjang, atau video yang kurang daripada 30 saat. Ciri ini juga terhad kepada saluran terpilih, kerana masih dikategorikan sebagai ciri alfa.

Google juga dilihat sedang menguji kemampuan video yang sama dimainkan semula tanpa video lain dimainkan secara automatik melalui ciri Loop. Ciri ini terbina dalam menu tiga titik dan akan terletak sama ada di atas atau di bawah pilihan resolusi. Buat masa ini, kami hanya nampak butang Clip sahaja dan butang Loop masih belum terpapar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami