Cari @ Amanz

Satya Nadella, CEO Microsoft sedia mengumumkan yang mana Microsoft bakal berkongsi berkenaan dengan Windows generasi baharu tidak lama lagi. Menariknya, kini Microsoft berkongsi tarikh pengenalan berkenaan, iaitu pada 24 Jun 2021.

Microsoft telah mula menghantar jemputan untuk acara berkenaan, dimana gergasi perkomputeran berkenaan bakal berkongsi lanjut berkenaan dengan sistem operasi generasi baharu Windows.

Berbeza dengan kemaskini kecil Windows 10, pengumuman ini akan memfokuskan kepada lebih banyak pembaharuan yang akan hadir pada sistem operasi Windows – termasuk pada antaramuka, integrasi Windows 10X, selain sejumlah perkara baharu, termasuk pada kedai aplikasi dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 24 Jun 2021 ini untuk mendengar lanjut daripada Microsoft berkenaan dengan sistem operasi generasi baharu Windows ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd