Cari @ Amanz

Stack Overflow merupakan salah satu laman sehenti yang diminati ramai pengaturcara seluruh dunia – dalam mendapatkan bantuan, bertukar-tukar idea, dan juga sebuah komuniti yang sangat aktif.

Terkini, Prosus telah mengumumkan mereka akan mengambil-alih Stack Overflow pada nilai $1.8 bilion (~RM7.43 bilion).

Prosus merupakan salah satu syarikat yang aktif melakukan pelaburan pada syarikat teknologi dan mempunyai pegangan pada Tencent, Codecademy, Udemy dan sebagainya. Prosus mengatakan mereka berhasrat membangunkan pelbagai syarikat memfokuskan komuniti dan teknologi pembelajaran serta kolaborasi – dan pengambil-alihan Stack Overflow ini selari dengan portfolio mereka.

Dengan pengambil-alihan ini, ia dijangka membantu Stack Overflow dari segi sumber untuk terus membangunkan platform mereka, dan juga produk-produk berbayar.

Stack Overflow turut menjanjikan pengalaman penggunaan produk mereka tidak akan berubah dalam bulan-bulan akan datang, tetapi cuma kepada sasaran dan visi syarikat sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd