KKMM hari ini mengingatkan pengguna supaya sentiasa berwaspada dan bersiap siaga terhadap ancaman serta serangan siber.
Hal ini selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang memperlihatkan penggunaan internet meningkat, sekaligus membuatkan orang ramai terdedah kepada pelbagai ancaman siber.
Berkongsi lanjut, antara Januari 2021 hingga Mei 2021, ia didapati terdapat sekitar 4615 insiden dilaporkan ke Pusat Bantuan Cyber999 yang dikendalikan CyberSecurity Malaysia.
3229 daripadanya melibatkan kepada penipuan, sementara bakinya adalah pencerobohan sebanyak 765 dan juga kod berbahaya sebanyak 256 insiden.
Ini sekaligus memperlihatkan ancaman pengguna terdedah kepada penipuan agak tinggi.
Pengguna dinasihatkan sentiasa peka, cakna dan melengkapkan diri dengan tatacara penggunaan teknologi dan tidak mudah terdedah kepada penipuan serta sejummlah insiden yang lain.
Orang ramai boleh menghubungi Pusat Bantuan Cyber999 melalui talian 1300882299 antara Isnin ke Jumaat (9 pagi ke 3 petang), atau melaporkan insiden yang kritikal melalui talian 0192665850.