Honor Dijangka Hadir Dengan Honor 50 SE

Diterbitkan pada Jun 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor telah menjadualkan pengenalan untuk siri Honor 50 dalam tempoh dua minggu akan datang – iaitu 16 Jun 2021. Kehadirannya boleh dikatakan cukup menarik perhatian ekoran Honor telah sedia kembali akses kepada cip keluaran Qualcomm.

Apa yang kita tahu setakat ini adalah Honor dijangka memperkenalkan sehingga tiga model berbeza – termasuk Honor 50, Honor 50 Pro dan Honor 50 Pro+. Namun, timbul pula desas-desus terkini yang mengatakan Honor turut bakal memperkenalkan Honor 50 SE.

Ia dijangka akan menjadi model yang paling berpatutan dalam siri berkenaan dengan harga jualan lebih rendah berbanding yang lain. Tetapi, pada masa sama masih mengekalkan sejumlah ciri menarik – seperti pengecasan pantas padanya.

Buat masa ini, tidak banyak butiran yang diketahui mengenai peranti ini. Meskipun begitu, Honor 50 telah disahkan hadir dengan cip Snapdragon 778G. Sementara itu, Honor 50 Pro dan Honor 50 Pro+ pula mungkin menggunakan cip Snapdragon 888.

Siri Honor 50 juga dijangka akan dilengkapi sokongan Google secara terbina selepas tularnya ciapan daripada Honor Jerman yang mengesahkan perkara berkenaan. Namun, ia kembali menjadi tanda tanya selepas ciapan berkenaan dipadam. Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh pihak Honor.

Sumber : Sparrow News

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami