Raja Koduri Sekali Lagi Mengacahkan Pembangunan Cip Grafik Intel Xe-HPG Terbaru

Diterbitkan pada Jun 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel nampaknya semakin bersedia untuk “berperang” dengan AMD dan NVIDIA untuk pasaran grafik komputer berprestasi tinggi tidak lama lagi.

Raja Koduri, ketua arkitek grafik di Intel baru-baru ini telah mengacahkan lagi cip pemprosesan grafik akan datang mereka, iaitu Xe-HPG (DG2) dengan mengatakan bahawa pembangunan komponen tersebut sedang berjalan lancar.

Melalui ciapan beliau, kita dapat melihat rekabentuk cip grafik tersebut, disamping jumlah unit pemprosesan (execution units) yang terbina didalamnya, iaitu sebanyak 512 unit. Ia dijangka bahawa cip grafik ini akan digunakan dalam kad-kad grafik kelas desktop yang akan diperkenalkan oleh Intel kelak, dan boleh hadir dengan sejumlah konfigurasi memori GDDR6, termasuklah sehingga 16GB.

Buat masa ini kita masih tidak ketahui lagi apakah pelan Intel untuk bertanding dengan gergasi-gergasi grafik seperti AMD dan NVIDIA. Untuk percubaan pertama ini, mungkin mereka akan memfokuskan kepada gaming di kelas pertengahan atasan, pada resolusi QHD dengan kadar segar semula yang tinggi, daripada mencuba terus untuk bertanding di arena 4K yang masih didominasii oleh NVIDIA.

Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu pengumuman akan datang oleh Intel mengenai komponen ini kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami