Micron Memperkenalkan Storan SSD PCIe 4.0 Baru Yang Menggunakan Cip NAND Dengan 176 Lapis

Diterbitkan pada Jun 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Micron ialah sebuah syarikat yang dikenali untuk produk-produk memori dan storan mereka yang digunakan dalam pelbagai perkakasan dan komponen khususnya untuk peranti-peranti berprestasi tinggi. Mereka juga hadir dengan model memori dan storan mereka tersendiri, dan kini, mereka hadir dengan dua lagi siri storan SSD yang memanfaatkan teknologi penghantaran data PCIe 4.0.

Kedua-dua siri SSD ini termasuklah Micron 2450 dan juga Micron 3340, yang mana Micron 2450 ialah SSD PCIe 4.0 mampu milik yang hadir dalam pelbagai saiz rekaan, termasuklah M.2-2280, M.2-2242, dan M.2-2230. Model ini hadir dengan pilihan storan 256GB sehinggalah 1TB dengan kadar bacaan dan penulisan data sekitar 500MB/s dan 3500MB/s.

Untuk SSD Micron 3340 pula, ia hanya hadir dalam saiz rekaan M.2-2280 dan mempunyai pilihan saiz storan dari 512GB sehinggalah 2TB. Dari segi kelajuan pula, model 512GB mempunyai kelajuan penulisan data 3600MB/s, manakala pilihan 1TB dan 2TB mempunyai kelajuan penulisan data 5000MB/s dan pembacaan data 6600MB/s.

Kedua-dua siri SSD PCIe 4.0 ini menggunakan cip NAND yang mempunyai 176 lapis pada setiap cip, membolehkan mereka membangunkan storan SSD dengan kapasiti terbina yang cukup besar sekali dan menawarkan produk dalam pelbagai saiz rekaan untuk pelbagai jenis peranti.

Micron mengatakan bahawa storan-storan SSD ini akan ditawarkan kepada syarikat-syarikat komponen dalam pelbagai jenis konfigurasi tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami