Spotify Memperkenalkan Only You Yang Menunjukkan Tabiat Unik Setiap Pengguna

Diterbitkan pada Jun 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semua orang merasakan diri mereka istimewa seperti kristal salju ketika musim sejuk. Tetapi adakah ini benar? Menurut Spotify setiap pengguna perkhidmatan mereka adalah unik dan bagi membuktikan ini adalah fakta ciri Only You kini boleh diakses menerusi aplikasi.

Only You akan menunjukkan apakah keunikan anda berbanding pengguna lain. Sebagai contoh anda mungkin satu-satunya pengguna yang mendengar lagu Travis kemudian mempunyai tabiat mendengar lagi Harvey Malaiholo. Ia juga menunjukkan mood anda kerap mendengar lagu dan apakah senarai main yang paling kerap diakses.

Ciri ini boleh diakses pengguna Spotify menerusi aplikasi Android dan iOS di tahap global hari ini. Buka aplikasi dan Only You akan dapat dilihat di bahagian atas aplikasi. Jadi apakah keunikan anda berbanding pengguna lain menurut Spotify?

Sumber Spotify

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami