Google Berjaya Menghasilkan Peta 3D 1mm³ Bahagian Otak Manusia Yang Mengandungi 130 Juta Sinaps

Diterbitkan pada Jun 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Otak manusia ialah komputer biologikal yang paling kompleks di muka bumi. Kemampuan otak manusia membezakan kita dari haiwan-haiwan lain. Walaupun sains biologi sudah wujud ribuan tahun, otak manusia masih lagi mempunyai banyak misteri yang belum berjaya dirungkai. Ini adalah kerana masih tiada peta lengkap kesemua sinaps dan sambungan sarafnya sehingga hari ini.

Usaha untuk memetakan otak manusia sudahpun dimulakan oleh Google dengan bantuan Universiti Harvard. Sebahagian korteks otak sebesar 1mm³ telah berjaya dipetakan sepenuhnya. Walaupun bersaiz kecil, peta lengkap dalam bentuk 3D ini memerlukan 225 juta imej otak yang kini saiz keseluruhannya adalah 1.4 petabyte.

Data imbasan awal ini diberi nama H01 Dataset turut menunjukkan 50,000 sel dan 130 juta sinaps. Menurut Google H01 Dataset hanya mewakili 1/1,000,000 otak manusia dan lebih banyak kawasan lagi perlu dipetakan untuk mendapatkan imej lengkap connectome manusia. Connectome ialah nama yang diberikan kepada sambungan lengkap otak manusia yang berhubung.

Imbasan otak ini boleh digunakan secara terbuka oleh penyelidik dan orang ramai yang ingin melihat sendiri sel-sel otak yang bersambung menerusi pautan di bawah.

Sumber Google AI Blog

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami