Cari @ Amanz

Oppo mengumumkan Memory Extension Technology yang membolehkan peranti keluaran mereka ditambah memori apabila diperlukan. Menerusi ciri RAM expansion ini pengguna boleh menambah 2GB, 3GB atau 5GB dimana ia kemudiannya mengambil ruang storan pada peranti.

Pada waktu ini sistem disokong pada siri Reno5 dengan penambahan memori sehingga 7GB RAM manakala pada siri A74 pula memori boleh ditambah sehingga 5GB RAM. Selepas tetapan diubah peranti perlu dihidupkan semula sebelum memori baharu ini dapat dikesan oleh sistem. Bagi mereka yang mengeluh RAM pada peranti tidak mencukupi, Memory Extension Technology ialah jawapan kepada masalah sekian lama anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd