Kerajaan Menerima Telekomunikasi Sebagai Utiliti Awam – Menjadi Ketiga Selepas Air Dan Elektrik

Diterbitkan pada Jun 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan melalui mesyuarat kabinet pada minggu ini, telah membuat keputusan supaya telekomunikasi diterima sebagai utiliti awam.

Untuk makluman, buat masa ini, utiliti awam yang telah diterima adalah air dan elektrik, sekaligus menjadikan telekomunikasi sebagai utiliti awam ketiga yang perlu disediakan pemaju sebelum memajukan sesuatu kawasan.

Hal ini sekaligus memudahkan lagi perancangan pembangunan sesuatu kawasan lebih terancang, dan ia tersedia dengan talian telekomunikasi apabila ia sedia diduduki. Berbeza dengan hari ini, kebiasaannya sesuatu kawasan dibangunkan dan seterusnya syarikat telekomunikasi perlu mencari tapak yang kosong untuk membangunkan menara atau infrasturktur telekomunikasi – dan ia membawa kepada capaian yang kurang berkualiti kerana tidak dirancang dengan baik.

Dengan mewartakan telekomunikasi sebagai utiliti awam ketiga, ia sekaligus membawa kepada sejumlah kebaikkan kepada orang ramai, termasuk kebolehan penyediaan infrastruktur digital dengan lebih pantas, penyediaan rangkaian telekomunikasi yang lebih baik, dan sekaligus meningkatkan daya saing negara dalam arena digital.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami