Carian
Samsung Melancarkan SSD ZNS Untuk Perusahaan Yang Empat Kali Ganda Lebih Tahan Laman
June 3, 2021 Effi Saharudin

Storan SSD adalah jauh lebih pantas berbanding storan cakera keras dengan ceper fizikal. Tetapi ia mempunyai kekurangan di mana ia mempunyai hayat yang pendek dengan jumlah data yang ditulis yang terhad. Oleh itu spesifikasi ZNS (Zoned Namespaces)diperkenalkan oleh organisasi NVMe bagi membolehkan hayat SSD dipanjangkan sehingga empat kali ganda.

Dengan ZNS data yang kerap diakses akan diletakkan secara berkumpulan bukan sahaja untuk mempercepatkan akses tetapi juga mengurangkan kekerapan data ditulis pada sebuah SSD. Storan Samsung PM1731a dengan ZNS direka untuk kegunaan perusahaan seperti storan awanan, pelayan data dan pusat data.

PM1731a ditawarkan dalam dua saiz iaitu 2TB dan 4TB. Harga masih belum diumumkan dengan jualan akan dibuka pada separuh tahun kedua 2021.

Sumber Samsung

Komen