Carian
Samsung Galaxy Book Go Dan Book Go 5G Dilancarkan Dengan Cip Qualcomm Snapdragon
June 3, 2021 Effi Saharudin

Samsung Galaxy Book Go dilancarkan secara rasmi hari ini dengan cip terkini Sanpdragon 7c Gen 2. Komputer riba Windows 10 dengan ARM ini dilengkapi skrin 14-inci TFT FHD (1920 x 1080), memori sehingga 8GB RAM LPDDR4X, storan sehingga 128GB eUFS dan bateri sebesar 42.3Wh yang menyokong pengecas 25W.

Terdapat kamera 720P untuk melakukan telesidang dan papan kekunci dengan sokongan lampu. Pilihan I/O adalah 2X USB Type-C, 1X USB 2.0 (1) dan bicu audio 3.5mm. Speaker yang disertakan pula menyokong Dolby Atmos secara terbina.

Dengan cip Snapdragon 7C Gen 2 komputer riba ini boleh mendapat rangkaian LTE menggunakan kad SIM bersaiz nano. Sokongan tambahan lain ialah WiFi 5 GHz, bluetooth 5.1 dan kad mikro SD.

Samsung Galaxy Book Go 5G pula mempunyai spesifikasi sama cuma pemproses digantikan pula dengan Snapdragon 8cX Gen 2 yang lebih berkuasa dan sokongan rangkaian 5G yang lebih pantas. Harga jualan Samsung Galaxy Book bermula dari $349 (~RM 1439) dengan harga jualan Samsung Galaxy Book Go 5G belum lagi diumumkan.

Sumber Samsung

Komen