Cari @ Amanz

Pusat pemberian vaksin secara pandu lalu kini beroperasi di Hospital Pakar Kanak-Kanak Cheras. Ia menjadi PPV pandu lalu kedua negara selepas PPV rintis dibuka di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Vaksin Covid

Dengan pembukaan PPV pandu lalu, proses mengambil suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dapat dilakukan tanpa penerima turun dari kereta. Ini adalah amat membantu kerana ada rungutan bahawa di beberapa PPV seperti di WTC Kuala Lumpur mengenakan bayaran atau kekurangan ruangan parkir sehingga kenderaan diletakkan di bahu jalan.

Pembukaan lebih banyak PPV adalah penting untuk mempercepatkan proses mencapai imuniti kelompok di Malaysia. Semalam adalah hari paling hitam negara sejak wabak Covid-10 melanda dengan 126 kematian dicatatkan. Lebih membimbangkan semakin ramai juga kematian dicatatkan di kalang orang mudah yang selama ini dianggap golongan yang berisiko rendah.

Sumber Berita Harian

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd