WhatsApp Business Memperkenalkan Ciri Menu Pilihan Bagi Mengurangkan Menaip

Diterbitkan pada Jun 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sudah masuk hari ketiga kawalan pergerakan penuh dikuatkuasakan di Malaysia. Antara saranan kerajaan ialah melakukan pembelian secara atas talian bagi mengelakkan orang ramai dari keluar dari rumah tanpa sebab yang munasabah. Antara platform pilihan jual beli pilihan di Malaysia ialah WhatsApp.

Di acara F8 pagi tadi, Facebook mengumumkan API terbaru untuk WhatsApp Business yang membolehkan pengguna akaun memberikan menu pilihan pantas bagi mengurangkan proses menaip kepada perniagaan dan juga pelanggan. Pemilik perniagaan boleh menetapkan menu ini lebih awal dengan jawapan diberikan kepada pelanggan secara automatik.

Sebanyak 10 pilihan boleh diletakkan pada menu pilihan dan sehingga 3 pilihan boleh diletakkan untuk menu jawapan oleh pelanggan. Dengan automasi lebih banyak masa boleh digunakan oleh pemilik untuk urusan perniagaan tanpa perlu melayan pelanggan secara manual.

Sumber WhatsApp

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami