WhatsApp Bakal Memperkenalkan Ciri Gambar Dan Video Yang Hilang Selepas Sekali Dibuka

Diterbitkan pada Jun 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mark Zuckerberg hari ini telah berkongsi beberapa perkara berkenaan dengan WABetaInfo berkaitan ciri akan datang WhatsApp. Salah satunya adalah berkenaan sokongan multi-peranti, dan kini selain daripadanya, WhatsApp juga disahkan bakal memperkenalkan ciri perkongsian gambar dan video yang hilang selepas ia dibuka penerima.

Ini bermakna, penerima hanya boleh melihat gambar berkenaan sekali sahaja, atau menonton video berkenaan sekali – sebelum ia dipadam secara automatik.

Langkah ini akan membolehkan perkongsian yang lebih selamat, dan mengelak sesuatu perkongsian disimpan dan dikongsikan dengan bukan penerima.

Apa pun, ciri ini masih mempunyai kekurangannya sendiri – dimana penerima boleh merakamkan gambar atau video sebelum ia dipadam.

Buat masa ini, ia dikatakan ciri ini bakal diperkenalkan, namun tiada sebarang tarikh diberikan untuknya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami