Nasa Akan Menghantar Dua Misi Ke Planet Zuhrah Menjelang 2030

Diterbitkan pada Jun 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Zuhrah merupakan planet yang kedua jauhnya dari matahari, dan terbaru, NASA mengumumkan mereka akan menghantar dua misi angkasa ke planet Zuhrah menjelang 2030.

Mengikut kajian, planet Zuhrah dilihat mempunyai beberapa ciri-ciri seumpama Bumi, dan diperkatakan mungkin pernah menjadi dunia pertama yang diduduki makhluk dalam sistem solar, termasuk mungkin dilengkapi iklim dan lautan seperti Bumi.

Melalui dua misi yang akan dihantar, pertama adalah DAVINCI+. Misi ini akan memfokuskan kepada lebih memahami atmosfera planet berkenaan, dan bagaimana ia telah berubah dan berevolusi. Misi ini juga akan mengkaji sama ada Zuhrah pernah mempunyai lautan atau sebaliknya, disamping merakamkan sejumlah gambar resolusi tinggi planet berkenaan.

Misi kedua pula dikenali dengan nama VERITAS. Misi ini akan membuat pemetaan permukaan planet berkenaan, dan lebih memahami sejarah geologi serta mengkaji kenapa ia berbeza dengan Bumi.

NASA akan menganugerahkan setiap misi ini sebanyak $500 juta untuk pembangunan, dan ia dijangka dilancarkan antara 2028 ke 2030.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami