Cari @ Amanz

Twitter Spaces adalah ciri perbulaan dan perbincangan berasaskan audio daripada Twitter, dan telah pun ditawarkan kepada pengguna – bukan sahaja melalui aplikasi mudah-alih, tetapi juga pada desktop.

Apa pun, sehingga kini, ia agak sukar untuk melihat sesuatu sesi yang sedang berlangsung – termasuk topik yang sedang dibincangkan dan sebagainya.

Menyedari hal ini, kini Twitter telah pun mula menguji kemaskini antaramuka baharu khusus untuk Twitter Spaces. Melalui pembaharuan ini, sebuah tab baharu ditambah dalam memudahkan pengguna menemui apakah sesi-sesi yang sedang berlangsung pada sesuatu masa.

Susunan menu pada bahagian bawah juga dikemaskini, dengan Twitter Spaces diletak pada bahagian tengah – memperlihatkan Twitter akan lebih memfokuskannya, dan membuatkan lebih ramai pengguna menyertainya.

Kemaskini antaramuka baharu ini sedang pada peringkat ujian dikalangan sejumlah pengguna iOS terlebih dahulu, dan akan diperkenalkan kepada semua selepas mengumpulkan maklumbalas berkaitan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd