Google Memperkenalkan Fon Telinga Nirwayar Pada Harga Lebih Rendah – Pixel Buds A

Diterbitkan pada Jun 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sedia menawarkan fon telinga nirwayar mereka tersendiri, dinamakan Pixel Buds di beberapa buah negara sebelum ini. Menariknya, kini, selari dengan penawaran telefon berharga lebih ekonomi dibawah siri-A, Pixel Buds juga turut diperkenalkan variasi siri-A nya tersendiri.

Pixel Buds A ini diperkenalkan secara rasminya untuk pasaran Amerika Syarikat, dan ditawarkan pada harga $99 iaitu sekitar RM408 mengikut tukaran semasa.

Pixel Buds A ini dikatakan menawarkan kualiti bunyi yang sama seperti Pixel Buds 2020, disamping turut menyertakan sokongan arahan suara “Hey Google” untuk mengaktifkan pembantu digital pintar. Disamping itu, ia turut hadir dengan sokongan kalis air IPX4.

Pixel Buds A ini dikatakan menawarkan masa penggunaan selama 5 jam, dan boleh digunakan selama 24 jam melalui bekas pengecasnya. Tiada sokongan pengecasan nirwayar disertakan, dan tiada juga kawalan dengan swipe.

Memandangkan Google tidak memfokuskan penawaran produk mereka di Malaysia, maka kita mungkin tidak akan melihat ia hadir ke pasaran tempatan secara rasminya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami