Cari @ Amanz

Samsung kini meluaskan rangkaian Galaxy A dengan pengenalan dua lagi model baharu – iaitu Samsung Galaxy A22 LTE dan Samsung Galaxy A22 5G. Ibarat pelanduk dua serupa, begitulah yang boleh dikatakan pada rekaan fizikalnya yang begitu mirip sekali. Namun begitu, kedua-dua model masih mempunyai sejumlah spesifikasi dalaman yang berbeza bagi menjadikannya mempunyai nilai tersendiri.

Kita mulakan dengan Samsung Galaxy A22 4G, ia mempunyai skrin bersaiz 6.4-inci Super AMOLED HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip pemproses lapan teras dengan kelajuan mencecah 2.0GHz, memori sehingga 6GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 15W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 48MP (utama) dengan OIS + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (Makro) dan kamera hadapan pula sebesar 13MP. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, empat pilihan warna seperti Black, White, Mint atau Violet dan lain-lain.

Samsung Galaxy A22 5G pula mempunyai skrin bersaiz 6.6-inci TFT LCD dengan resolusi FHD+. Seterusnya, ia menggunakan cip pemproses lapan teras dengan kelajuan mencecah 2.2GHz, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 15W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 48MP (utama) + 5MP (Ultra-lebar) + 2MP (Kedalaman) dan kamera hadapan pula sebesar 8MP. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas ap jari sisi, empat pilihan warna seperti Gray, White, Mint atau Violet dan lain-lain.

Untuk harga, Samsung Galaxy A22 5G dijual pada harga €229 (~RM1,144) untuk sebuah. Sementara itu, penawaran harga untuk Samsung Galaxy A22 4G pula masih belum diumumkan lagi.

Sumber : Samsung Galaxy A22, Samsung Galaxy A22 5G

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd