Realme Menyasarkan Lebih Daripada 20 Telefon Pintar 5G Bakal Dilancarkan Menjelang Tahun 2022

Diterbitkan pada Jun 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mula menempa nama dalam industri peranti pintar sekitar tahun 2018 yang lalu, Realme berjaya membuktikan kehadirannya berada di landasan yang baik. Realme juga cukup dikenali sebagai jenama yang ideal untuk anak-anak muda dengan memberi fokus terhadap keperluan mereka. Oleh itu, Realme sering kali hadir dengan model telefon pintar yang menggabungkan elemen teknologi perisian baik dengan harga yang berpatutan.

Sama seperti sejumlah telefon pintar 5G mereka sedia ada yang ditawarkan pada julat harga antara AS$150 (~RM619) sehingga AS$600 (~RM2,472). Pada masa yang akan datang Realme merancang untuk hadir dengan telefon pintar 5G dengan julat harga sekitar US$100 (~RM412) pula. Ia bertujuan bagi membolehkan semua pengguna menikmati pengalaman penggunaan telefon pintar 5G secara lebih meluas.

Sehingga kini, Realme telah melancarkan kira-kira 14 telefon pintar 5G meliputi 21 pasaran berbeza. Melaluinya, ia secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan positif kira-kira 40% untuk kesemua produk semasa. Namun ujar Realme, ia sama sekali tidak bermakna usaha mereka akan terhenti di situ.

Sebaliknya, lebih banyak lagi telefon pintar 5G yang akan dilancarkan menjelang tahun 2022 kelak. Mereka menyasarkan lebih daripada 20 telefon 5G yang bakal tiba meliputi 50 pasaran di seluruh dunia. Ia juga sekaligus akan menyumbang kepada pertumbuhan positif sebanyak 70%.

Di samping itu, Realme juga akan melabur sekitar US$300 juta untuk pembangunan produk dan teknologi 5G dalam tempoh dua tahun mendatang. Tidak ketinggalan, mereka juga bakal menubuhkan sehingga 7 pusat R&D 5G di seluruh dunia.

Sumber : Realme India

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami