Honor 50 Pro Mungkin Dilengkapi Dengan Kamera 108MP

Diterbitkan pada Jun 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lebih kurang dua minggu lagi, siri Honor 50 bakal diperkenalkan kepada umum. Setakat ini, pelbagai spekulasi mengenainya telah didengari – bermula daripada jenis-jenis model sehinggalah terkini rekaan fizikal pada peranti yang mula diperlihatkan dalam beberapa imej tersebar.

Bercakap mengenai rekaan fizikal, imej pengolokannya sekali lagi tertiris menerusi perkongsian GSMArena. Untuk kali ini, ia mempelihatkan dengan lebih jelas informasi mengenai sokongan kamera utama pada peranti. Di mana, Honor 50 Pro akan mempunyai sensor utama 108MP dengan bukaan aperture sebesar F/1.8. Sementara itu, Honor 50 pula akan menampilkan sensor utama 50MP dengan bukaan aperture sebesar F/1.8.

Honor 50 Pro

Seterusnya, Honor 50 Pro dan Honor 50 turut diikuti dengan dua lagi sensor berbeza lain. Tapi sayangnya, saiz megapixel untuk kamera-kamera ini masih belum diketahui buat masa ini. Namun begitu, salah satu daripada model dipercayai bakal hadir dengan sokongan lensa telefoto.

Honor 50

Menurut GSMArena lagi, Honor 50 bakal menjadi sebuah peranti yang memfokuskan Vlog dengan kebolehan rakaman pada kameranya yang akan dipertingkatkan ke satu tahap lebih menarik. Siri Honor 50 bakal dilancarkan pada 16 Jun depan, seperti biasa sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak untuk ketahui penawaran lebih lanjut.

Sumber : GSMArena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami