Spesifikasi Vivo Y73 2021 Tertiris – Sokong Cip MediaTek Helio G95, Kamera Utama 64MP

Diterbitkan pada Jun 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rasanya, kita bakal melihat pengenalan sebuah lagi peranti baharu Vivo di bawah siri-Y tidak lama lagi. Peranti berkenaan akan dikenali sebagai Vivo Y73 dan spesifikasi utama peranti kini telah tertiris sepenuhnya menerusi perkongsian beberapa sumber. Ia bagaimanapun, dikatakan bakal menjadi sebahagian daripada siri-Y dalam segmen peranti kelas pertengahan di pasaran India.

Menurut sumber, Vivo Y73 akan didatangkan dengan skrin bersaiz 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G95, memori 8GB RAM + 3GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 64MP (utama) + 2MP (bokeh) + 2MP (Makro) dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Ia juga akan menampilkan sokongan pengimbas cap jari pada skrin untuk tujuan menyahkunci peranti. Menurut spekulasi awal juga, Vivo Y73 akan dijual pada harga sekitar โ‚น20,990 (~RM1,186) kelak.

Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah Vivo akan memperkenalkan peranti ini. Tambahan pula, pihak Vivo sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung peranti ini.

Sumber : Techradar

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami