Apple Dilaporkan Akan Mengemaskini iPad Mini Dan Membawakan Sokongan Pengecasan Nirwayar

Diterbitkan pada Jun 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bloomberg hari ini melaporkan Apple sedang dalam proses menghasilkan iPad, iPad Mini dan iPad Pro dengan rekaan baharu. Menurut mereka iPad Mini akan akhirnya diberikan rekaan nafas baharu dengan bezel yang nipis serta tidak lagi hadir dengan butang home fizikal.

iPad baharu yang lebih nipis turut sedang diuji dengan menyasarkan penggunaan di kalangan pelajar sekolah. Sementara itu iPad Pro yang menyokong pengecasan nirwayar MagSafe juga turut dikatakan sedang diuji.Bagi membawakan ciri ini iPad Pro akan dilengkapi panel kaca. Selain itu pengecasan berbalik juga sedang dipertimbangkan bagi membolehkan tablet mengecas aksesori seperti AirPods dan Apple Watch.

Dari kesemua model iPad ini, iPad Mini yang paling memerlukan kemas kini rekaan kerana langsung tidak diubah sejak dilancarkan. Ia adalah tablet yang kami secara peribadi gemari kerana saiznya yang mesra penggunaan sebelah tangan.

Sumber Bloomberg

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami