Razer Iskur X Berharga RM1499 Di Malaysia – Kerusi Untuk Pemain Video Tegar

Diterbitkan pada Jun 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Razer telah pun sedia memperkenalkan kerusi gaming atau kerusi untuk pemain video sebelum ini dibawah siri Razer Iskur. Selari dengannya, kini Razer turut mengumumkan penawaran terkini mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Razer Iskur X.

Razer Iskur X

Razer Iskur X menyokong sehingga 136kg, dan menawarkan rekaan yang memberi keselesaan untuk mereka yang menghabiskan tempoh masa lama dihadapan komputer. Ia turut menawarkan tempat rehat untuk tangan, selain sokongan yang baik untuk tubuh badan manusia untuk tempoh bermain yang lama.

Razer Iskur X

Razer Iskur X berharga RM1499 di Malaysia, dan Razer turut menjual Razer Head Cushion pada harga RM199, selain Razer Lumbar Cushion pada harga RM259.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami