Mungkinkah Versi Windows Akan Datang Dikenali Dengan Nama Windows 11?
Aman
Microsoft sedia memperkenalkan Windows 10 sejak tahun 2015 yang lepas, dan mengemaskininya dengan kemaskini baharu hampir setiap 6 bulan, dan mengekalkan penjenamaan Windows 10 sehingga kini.

Namun, dengan Microsoft menjadualkan perkongsian berkenaan dengan kemaskini sistem operasi baharu Windows pada bulan ini, kini hadir desas-desus mengatakan Microsoft akhirnya akan memperkenalkan Windows 11.

Untuk makluman, sebelum ini telah memperkenalkan Windows 7 pada 2009, dan mengemaskininya dengan Windows 8 pada 2012, sebelum memperkenalkan Windows 10 pada 2015. Maka, kemaskini angka versi berkenaan telah kekal untuk tempoh yang lama – malah Microsoft sendiri telah mencapai sasaran melangkaui lebih 1 bilion peranti menggunakan Windows 10.
Buat masa ini, antara desas-desus yang diperkatakan adalah termasuk kemaskini pada antaramuka, selain pembaharuan dan lebih kebebasan pada kedai aplikasi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 24 Jun 2021 ini untuk melihat sama ada benar ia akan dikemaskini kepada Windows 11, atau akan terus kekal menggunakan penjenamaan Windows 10.