Taito Melancarkan Kabinet Arked Mini Dengan Skrin Yang Boleh Diputarkan

Diterbitkan pada Jun 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semasa zaman konsol tidak mampu dimiliki, arked ialah tempat kami mengasah bakat memainkan permainan video. Ratusan token dibeli untuk Virtua Fighter, Outrun, Ace Combat, Tekken dan Street Fighter II. Kini era arked sudah semakin malap kerana lebih ramai selesa bermain di konsol. Tetapi bagi golongan yang masih mendambakan arked di rumah, Taito telah melancarkan Egret II Mini.

Akred mini ini ditawarkan dengan ciri unik skrin 5″ LCD yang boleh diputarkan 90 darjah. Ini adalah bagi membolehkan permainan yang memerlukan skrin menegak seperti Space Invaders boleh dimainkan pada nisbah sebenar. Sebanyak 40 permainan arked klasik Taito akan diberikan dengan setiap pembelian Egret II Mini dengan sokongan penambahan permainan menggunakan kad mikro SD boleh dilakukan.

Selain itu Taito turut menjual aksesori alat kawalan dengan D-Pad dan kawalan bebola secara berasingan sekiranya alat kawalan dengan tombol kawalan tidak memenuhi citarasa peminat arked. Sambungan dilakukan menerusi port USB-A dengan sebuah port HDMI membolehkan output ke televisyen yang lebih besar.

Di Jepun Egret II Mini dijual pada harga 18,678 Yen (~RM 700) manakala alat kawalan tambahan ditawarkan pada harga $3,278 Yen. (~RM 123) sebuah.

Sumber Taito

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami