Carian
Huawei, SMIC dan China Mobile Antara 59 Syarikat Yang Diharamkan Pelaburannya Oleh Kerajaan A.S
June 5, 2021 Effi Saharudin

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden hari ini telah mengeluarkan arahan eksekutif yang mengharamkan pelaburan ke dalam syarikat 59 syarikat dari China. Antara syarikat yang dimasukkan ke dalam senarai ini ialah Huawei, SMIC, China Mobile, China Unicom dan Hikvision.

Kesemua syarikat dimasukkan ke dalam senarai ini kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan Parti Komunis China. Syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat akan diharamkan dalam melakukan pelaburan ke dalam syarikat dalam senarai bermula 2 Ogos hadapan. Syarikat yang sudahpun mempunyai pelaburan ke dalam 59 syarikat ini diberikan tempoh setahu untuk melupuskan pelaburan.

Huawei
Bangunan Huawei

Arahan eksekutif diberikan dikeluarkan bagi mengekang sokongan kepada entiti yang mempunyai perkaitan dengan Parti Komunis China yang dilihat boleh membahayakan keselamatan negara menerusi pengintipan dan perkongsian teknologi degan pihak tentera. Awal tahun ini Xiaomi telah dilabel sebagai syarikat Tentera Komunis China tetapi ia kemudiannya telah ditarik semula.

Beberapa syarikat yang menghasilkan adikomputer untuk China juga telah dimasukkan ke dalam senarai entiti April lalu bagi menghalang negara tersebut mempunyai kelebihan dalam kajian teknologi yang boleh digunakan tentera. Ramai berharap selepas Joe Biden menggantikan Donald Trump, halangan yang dikenakan ke atas entiti China akan ditarik semula tetapi arahan eksekutif yang diberikan Joe Biden ini menunjukkan ini tidak akan berlaku.

Sumber White House

Komen