Rekaan Samsung Galaxy S21 FE Tertiris Menunjukkan Penggunaan Panel Polikarbonat
Effi Saharudin
Samsung Galaxy S21 FE ialah peranti mercu mampu milik yang akan dilancarkan pada separuh tahun kedua 2021. Rekaan peranti ini telah ditiriskan oleh Evan Blass hari ini menerusi ciapan beliau hari ini.

Dari imej yang tertiris, Galaxy S21 FE akan menggunakan semua bonggol dari Galaxy S21 tetapi dengan panel belakang plastik yang mirip digunakan pada Galaxy A52 dan Galaxy A72. Tahun lalu Samsung menggunakan panel polikarbonat pada S20 FE dan oleh itu penggunaannya semula tidaklah mengejutkan.

Tahun ini kita melihat banyak peranti dengan Snapdragon 888 yang ditawarkan pada harga bawah RM3000. Sekiranya Samsung ingin kekal kompetitif, S21 FE perlu ditawarkan pada harga yang setanding dengan Mi 11.
Sumber @evleaks