Carian
Bagaimana Kurangkan Pilihan Menu Pada Aplikasi Facebook Supaya Lebih Kemas?
June 5, 2021 Aman

Pada aplikasi Facebook, terdapat sejumlah menu yang dipaparkan pada bahagian atas – yang mana sebahagiannya mungkin merupakan menu pintas yang tidak diperlukan anda.

Tahukah anda, anda boleh menguruskannya, dan membuang sebarang menu pintar sekiranya anda tidak inginkannya.

Untuk membuang sesuatu menu berkenaan, anda hanya perlu tap sesuatu menu itu untuk seketika pada aplikasi mudah-alih anda, dan seterusnya memilih “Alih Keluar”. Ia seterusnya akan membuang paparan menu berkenaa pada akses pantas, dan masih boleh diakses melalui pilihan menu menyeluruh.

Apa pun, buat masa ini, kami masih belum menemui bagaimana untuk menambah menu berkenaan ke bahagian atas selepas membuangnya.

Komen