ShopeePay Menghadapi Masalah Teknikal Ketika Jualan 6.6 – Tidak Boleh Membayar Menggunakannya

Diterbitkan pada Jun 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Shopee hari ini mengadakan jualan bulanan mereka, 6.6, yang menyaksikan sejumlah diskaun diberikan untuk pembelian melalui platform berkenaan. Selain diskaun, ia turut menyediakan sejumlah baucar, dan beberapa penawaran tambahan untuk pengguna ShopeePay.

Apa pun, buat sementara waktu ini, ia dilihat ciri ShopeePay menghadapi masalah teknikal, dan tidak boleh digunakan oleh para pengguna. Langkah ini sekaligus menyukarkan pembelian sejumlah pengguna – terutamanya yang telah membuat tambah-nilai ke akaun ShopeePay, dan tidak mempunyai akses ke dana berkenaan.

Pihak Shopee mengesahkan perkara ini, dan mengatakan mereka dalam proses untuk mengatasinya secepat mungkin.

Bagi anda yang terlibat, boleh melakukan aduan berkenaan dengannya terus kepada Bank Negara Malaysia melalui Telelink.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami