Carian
Langganan Disney+ Hotstar Bulan Jun Percuma Untuk Pelanggan Astro Movie Pack
June 6, 2021 Effi Saharudin

Disney+ Hotstar (D+H) mula ditawarkan di Malaysia pada 1 Jun lalu. Bagi pelanggan Astro Movie Pack, mereka secara automatik diberikan langganan D+H selepas bayaran bulanan dinaikkan RM5. Tetapi ramai pelanggan merungut kerana proses menebus akaun D+H menerusi portal Astro mengalami masalah dan sehingga kini ada pelanggan yang belum mampu menebusnya.

Oleh itu Astro kini menawarkan langganan D+H untuk bulan Jun kini percuma kepada kesemua pelanggan Astro Movie Pack. Bil pada bulan ini tidak akan meningkat RM5 kerana kos akan ditanggung oleh Astro sepenuhnya.

Sejak dilancarkan hampir seminggu lalu, terdapat pelbagai isu muncul seperti tiada aplikasi untuk konsol serta TV pintar dan tiada sarikata bahasa Inggeris pada kandungan Hotstar. Untuk terma dan syarat langganan percuma D+H untuk pelanggan Astro Movie Pack, sila ke pautan di bawah.

Sumber Astro

Komen