Apple Dijangka Menambah-Baik Ciri Multi-Tugasan Pada iPad – Membolehkan Lebih Banyak Aplikasi Dijalankan Serentak
Aman
Apple bakal mengadakan acara WWDC 2021 pada awal pagi esok, dan dijangka mengumumkan sejumlah kemaskini untuk perisian – termasuk untuk iPadOS.
Menyentuh mengenainya, terbaru Bloomberg melaporkan Apple bakal memberikan lebih fokus terhadap ciri multi-tugasan pada sistem operasi iPad akan datang.

Dengan langkah ini, Apple menyasarkan memudahkan pengguna iPad untuk menjalankan lebih banyak aplikasi pada waktu yang sama – sekaligus dilihat menawarkan pengalaman seumpama komputer.
Disamping itu, Apple juga dijangka akan menambah-baik paparan antaramuka skrin utama untuk iPad, dan menyokong tempat letak widget padanya.
Selain untuk iPad, Apple turut dijangka akan berkongsi sejumlah pembaharuan untuk sistem operasi lain – termasuk iOS, macOS dan juga watchOS.