Cari @ Amanz

Messages merupakan salah satu aplikasi permesejan yang hadir terbina pada peranti keluaran Apple. Ia membolehkan komunikasi antara pengguna peranti Apple, termasuk menggunakan ciri seperti menghantar Memoji dan sebagainya.

Terbaru, pada acara WWDC 2021, Apple dijangka akan memberikan lebih fokus terhadap aplikasi Messages ini. Menurut Bloomberg, sejumlah pembaharuan dijangka akan diumumkan, sekaligus memposisikan ia sebagai pesaing kepada perkhidmatan permesejan WhatsApp dan Messenger – yang mana kedua-duanya dimiliki oleh Facebook.

Apple mungkin akan menekankan kepada ciri privasi, disamping beberapa ciri tambahan yang ditawarkan melaluinya – dan membuka pembangun mengintegrasikan penawaran masing-masing.

Sebelum ini, ia turut pernah diperkatakan yang mana Apple telah membatalkan perancangan membawa Messages kepada Android – kerana ia akan menghalang kelebihan aplikasi berkenaan yang menarik pengguna ke platform mereka.

Apa pun, sama-sama kita nantikan WWDC pada awal pagi esok untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd